global

Enam doktor ambil organ pesakit ditahan

Oleh Agensi

BEIJING: Enam doktor ditahan kerana disyaki mengambil buah pinggang dan paru-paru seorang pesakit wanita secara haram.

Bekas pengarah unit penjagaan rapi Hospital Rakyat Huaiyuan, Yang Suxun dan lima doktor dari sebuah hospital di Juangsu ditahan Mei lalu, lapor Thepaper.cn.

Li Ping, 53, disahkan mati otak pada Februari tahun lalu, lima hari selepas diserang anak lelaki sulungnya dengan kapak ketika bertengkar.

Seorang lagi anak Li, Shi Xianglin berkata, doktor memberitahu kerajaan memberi subsidi 200,000 yuan (RM119,127) sekiranya keluarganya bersetuju menderma organ ibunya.

Bagaimanapun, Shi mula mengesyaki sesuatu apabila mendapati borang pemindahan organ tidak lengkap lalu menghubungi Pusat Pentadbiran Derma Organ China.

Shi berkata, kakitangan Persatuan Palang Merah memaklumkan kerajaan tidak memberi pampasan kepada keluarga individu yang menderma organ.

Lelaki itu kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa pada Jun tahun lalu dan mendedahkan Yang cuba memberinya 460,000 yuan (RM273,978) untuk mendiamkan diri.

Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 12:38am
d