global

Bebas berlayar akhirnya...

Oleh Reuters

LONDON: Kapal tangki Iran yang ditahan di Gibraltar kerana melanggar sekatan Kesatuan Eropah (EU) dibenarkan meninggalkan negara itu hari ini, walaupun Amerika Syarikat berusaha menahannya pada saat-saat akhir, kata menteri pertama wilayah itu.

Gibraltar semalam memutuskan untuk membebaskan kapal Grace 1, tetapi tidak menyatakan bila selepas Amerika Syarikat kemukakan permohonan di mahkamah untuk menghalang pembebasan kapal itu.

“Kapal itu boleh berlayar sebaik sahaja menyelesaikan keperluan logistik untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

“Mungkin ia berlayar hari ini atau esok,” kata Ketua Menteri Gibraltar, Fabian Picardo kepada Radio BBC.

Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 3:30pm
d