global

Bunuh sebab bosan

Oleh Agensi

WASHINGTON: Seorang wanita berusia 23 tahun membunuh ibunya kerana bosan dengannya, sebelum mengerat mayat mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah di sekitar Washington.

Amara Lundy, 23, ditahan Isnin lalu kerana melakukan pembunuhan kejam ke atas ibunya Susan, 56, di Olympia, Washington, lapor Daily Mail.

Siasatan selama sebulan membabitkan pemeriksaan rekod kewangan, telefon dan media sosial membawa polis kepada anak perempuan mangsa itu.

Menurut dokumen mahkamah, Amara mengaku melakukan pembunuhan itu kerana bosan dengan ibunya dan memutuskan kematian wanita itu akan menggembirakan semua orang.

Suspek memberitahu polis, dia mencekik ibunya dengan tali kuning malah menyuarakan rasa terkejut kerana memerlukan tenaga dan masa yang lama untuk membunuh Susan.

“Ibunya merayu agar dia menghentikan tindakannya tetapi suspek didakwa terus mencekik mangsa sehingga mati.

“Dia didakwa membuang mayat itu ke dalam tong sampah selama seminggu sebelum membuat keputusan menghapuskannya menggunakan pisau besar dan gergaji kecil,” kata polis.

Suspek membungkus anggota badan mangsa ke dalam plastik, meletakkannya ke dalam troli beli-belah dan mencampaknya ke serata tempat pembuangan sampah di seluruh bandar.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan sama ada anggota badan mangsa sudah ditemui.

Disiarkan pada: August 17, 2019 @ 7:33am
d