global

China lancar Smart Dragon-1 ke orbit

Oleh Reuters

BEIJING: Agensi angkasa kerajaan China berjaya melancarkan roket pertamanya, hari ini untuk kegunaan komersial, lapor stesen televisyen rasmi CCTV.

Roket Smart Dragon-1 yang beratnya 23 tan dan dibangunkan oleh unit di Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Teknologi China (CASC), berjaya menghantar tiga satelit ke orbit sebaik berlepas dari Jiuquan, Gansu, kata CCTV.

Belanjawan penyelidikan dan pembangunan Smart Dragon-1 yang tidak dibiayai kerajaan, membuka peluang lebih banyak firma roket swasta memasuki pasaran untuk bersaing antara satu sama lain, kata CCTV.

Bulan lalu, iSpace yang berpangkalan di Beijing menjadi firma swasta pertama untuk menghantar satelit ke orbit menggunakan roketnya.

Sejak akhir tahun lalu, dua syarikat pemula lain cuba melancarkan satelit tetapi gagal.

Disiarkan pada: August 17, 2019 @ 4:11pm
d