global

Tahan 330 pendatang

Oleh Reuters

ISTANBUL: Pihak berkuasa Turki menahan seramai 330 pendatang asing yang cuba memasuki pulau Greece, Lesbos, kelmarin.

Pengawal pantai Kucukkuyu di wilayah Canakkale dalam kenyataan semalam berkata tujuh operasi dilakukan untuk menahan semua pendatang terbabit.

Kenyataan itu menyatakan pendatang yang ditahan berasal dari Afghanistan, Syria, Iran dan Iraq.

Jumlah pendatang yang cuba memasuki Lesbos didapati semakin meningkat dan pihak berkuasa Turki sudah menahan seramai 699 orang sejak 10 Ogos lalu.

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 172,301 pendatang memasuki Kesatuan Eropah pada 2017 dari negara Mediterranean, termasuk Afrika Utara.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 7:42pm
d