global

Singapura naik umur persaraan kepada 65 tahun

Oleh Reuters

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan usia persaraan akan dinaikkan kepada 65 tahun.

Buat masa sekarang, usia persaraan adalah 62 tahun dan akan dinaikkan kepada 63 tahun pada 2022.

Manakala usia persaraan 65 tahun hanya berkuatkuasa pada 2030.

Lee berkata, kebanyakan pekerja veteran belum bersedia berhenti kerja.

“Kita sihat untuk tempoh panjang dan hidup lebih lama, namun tidak mahu menggunakan masa lebih dalam persaraan. Ramai juga antara kita mahu menambah simpanan apabila bersara,” katanya.

Jangka hayat penduduk di Singapura paling panjang di dunia dan kadar kelahiran di negara itu jatuh selain buruh asing dihadkan.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 11:43pm
d