global

8,000 pindah dalam kebakaran

Oleh AFP

LOMO DEL PINO (SEPANYOL): Kira-kira 8,000 orang terpaksa dipindahkan selepas pulau percutian Gran Canaria dilanda kebakaran besar dan pihak berkuasa memberi amaran ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk dikawal.

AFP yang memetik Presiden Pulau Canary, Angel Victor Torres berkata, kebakaran yang merebak ke lokasi pelancongan terkenal di pergunungan Cruz de Tejeda semakin buruk.

Lebih 700 anggota bomba terpaksa dikerahkan bersama 16 pesawat untuk mengawal kebakaran yang marak akibat angin kuat dan suhu panas.

“Tempoh beberapa jam selepas ini amat penting kerana ramalan cuaca pada waktu malam tidak begitu baik,” kata Torres.

Pulau Canary menerima 13.7 juta kedatangan pelancong asing tahun lalu dan lebih separuh mereka adalah pelancong Britain dan Jerman.

Disiarkan pada: August 19, 2019 @ 10:23am
d