global

Akibat tiada dokumen tambahan

Oleh AFP

MOSCOW: Seorang lelaki Perancis terpaksa menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 10 bulan di satu kejiranan di Russia selepas didakwa cuba menyogok polis tempatan, kata peguamnya.

Gurvan Le Gall yang mengaku tidak bersalah, ditahan pada akhir Mac lalu selepas didakwa menawarkan seorang polis 15,000 rubel (RM937) ketika pemeriksaan mendapati dia tiada dokumen yang diperlukan.

Lelaki berusia 40 tahun yang menjalankan sekolah bahasa Perancis atas talian di Volga, Samara, sudah ditahan selama lima bulan sementara menunggu perbicaraannya.

Peguamnya Alexander Delavay memberitahu AFP, kliennya cuba membayar dengan menganggap ia sebagai sesuatu yang baik dan bukan menawarkan rasuah.

Polis berhak untuk memeriksa dokumen orang awam di jalanan di Russia dan orang asing dikehendaki membawa dokumen tambahan selain pasport dan visa.

Disiarkan pada: August 19, 2019 @ 9:30pm
d