global

Padah curi pasir

Oleh Agensi

ROME: Sepasang suami isteri warga Perancis berdepan hukuman penjara maksimum enam tahun kerana cuba membawa pulang 14 botol pasir sebagai ‘cenderamata’ ketika pulang bercuti dari sebuah pantai di Sardinia, Itali.

CNN melaporkan, polis di utara bandar Porto Torres menemui pasir seberat 40 kilogram terbabit ketika melakukan pemeriksaan rutin pada kenderaan sebelum berlepas menaiki feri ke Toulon di selatan Perancis.

Pasangan berusia 40an itu kemudiannya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah di bandar Sassari.

Pasir di pantai negara itu dilindungi undang-undang dan ia menjadi kesalahan jenayah bagi pelancong yang mengambilnya.

“Penduduk di Sardinia terlalu marah dengan pelancong yang mencuri cengkerang dan pasir kerana ia adalah tindakan mencuri yang menjejaskan alam sekitar,” kata polis.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 11:53am
d