global

16 penumpang bas dijadikan tebusan

Oleh AFP

RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki bersenjata menahan 16 penumpang bas sebagai tebusan di sini, hari ini, kata pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya, enam orang sudah dibebaskan dari sebuah kenderaan yang berhenti di atas jambatan menghubungkan Rio dengan bandar jirannya, Niteroi.

Polis yang lengkap bersenjata mengepung bas berkenaan ketika mereka berunding dengan lelaki itu memakai kemeja putih dan seluar berwarna gelap bersenjatakan pistol dan gasolin, lapor berita G1.

Lelaki itu dilaporkan menaiki bas jam 5.30 pagi (waktu tempatan) dan mula mengancam penumpang.

Keadaan trafik di jambatan Rio-Niteroi sehingga Teluk Guanabara lumpuh seketika semasa rundingan tebusan dilakukan.

Tidak jelas sama ada dia membuat sebarang tuntutan atau niatnya menahan tebusan.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 8:22pm
d