global

Gempa bumi 6.3 magnitud gegar Vanuatu

Oleh Reuters

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda utara kepulauan Vanuatu di Pasifik Selatan, hari ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), berkata gegaran itu berlaku pada kedalaman 17 kilometer, kira-kira 475 kilometer utara pulau Santo.

Tiada laporan segera kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.

Lokasi gempa bumi sebelum ini dilaporkan di timur Kira-Kira.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 10:17pm
d