global

Denmark tak jual Greenland, Trump tangguh pertemuan

Oleh AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menangguhkan pertemuannya dengan Perdana Menteri Denmark kerana pemimpin itu enggan menjual Greenland kepada negara terbabit.

AFP melaporkan, keputusan Trump itu menunjukkan dia begitu berminat untuk membeli Greenland yang dianggap sebagai perkara melucukan oleh sesetengah pihak namun Rumah Putih tetap berkeras kerana ia mempunyai lokasi strategik.

“Berdasarkan komen Perdana Menteri, Mette Frederiksen, dia tidak berminat membincangkan mengenai jual beli Greenland, saya akan menangguhkan mesyuarat kami yang dijadualkan dua minggu lagi, pada waktu lain,” tulis Trump di akaun Twitter.

Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan bahawa Trump menyatakan minatnya untuk membeli Greenland yang menjadi milik Denmark itu sambil mendapatkan pandangan penasihatnya sama ada ia boleh dilakukan.

Bagaimanapun kelmarin, dia mengesahkan perkara itu namun berkata ia bukan agenda penting dalam pentadbirannya.

Melalui Twitter semalam, Trump secara bergurau berjanji tidak akan membina cawangan hotelnya di Greenland dengan menyertakan gambar Hotel Antarabangsa Trump di Las Vegas.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 10:55am
d