global

Padah bakar tanah hutan

Oleh Agensi

MUSI RAWI: Seorang petani ditahan kerana disyaki membakar lima hektar tanah untuk diusahakan rumput ternakan di Musi Rawi, Sumatera Selatan.

CNN melaporkan, petani bernama Arman, 29, itu ditangkap hasil laporan penduduk mengenai tanah hutan yang terbakar di Mangun Harjo.

Jurucakap polis Komisioner Wahyu Setyo berkata, Arman mengaku perbuatannya tetapi mendakwa diarah berbuat demikian oleh pemilik tanah.

“Suspek berkata, dia membakar tayar lama di tempat kejadian seterusnya menyebabkan kebakaran yang tersebar sehingga lima hektar.

“Perkara itu atas arahan pemilik tanah yang mahu mengusahakan rumput ternakan,” katanya.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 10:23pm
d