global

Dipenjara cuba curi baju dalam

Oleh Agensi

SINGAPURA: Seorang lelaki dipenjara selama sebulan, kelmarin kerana cuba mencuri baju dalam wanita berharga SGD$100 (RM302.07) dari ampaian sebuah kediaman di apartmen Yishun.

Ong Meng Xiang, 31, cuba mengambil baju dalam milik mangsa berusia 39 tahun dari ampaian di kediaman tingkat dua menggunakan payung pada jam 4.35 pagi, 7 September tahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan Ong disedari polis peronda apabila payungnya tersangkut pada dawai ampaian, lapor Yahoo News Singapore.

Ong turut berdepan pertuduhan berasingan memiliki 220 filem lucah, manakala hukuman bagi kesalahan menyimpan 296 filem lucah lain masih dalam pertimbangan.

Kesalahan itu terbongkar selepas polis memeriksa telefon bimbit Ong susulan aduan seorang wanita yang curiga mendapati dia bermundar mandir di luar kediamannya pada 24 April lalu.

Polis menemui sebanyak 536 video lucah dan 233 gambar wanita berpakaian dalam dalam telefon bimbitnya.

Disiarkan pada: August 23, 2019 @ 7:32pm
d