global

649,690 jemaah haji dirawat tahun ini

Oleh Agensi

RIYADH: Hampir 650,000 jemaah haji tahun ini menerima perkhidmatan rawatan khusus di hospital dan pusat perubatan di Makkah, Madinah dan beberapa lagi lokasi utama untuk jemaah haji.

Arab News melaporkan, jumlah jemaah yang menerima rawatan di hospital dan pusat kesihatan berkenaan mencecah 649,690, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Sementara itu, 30,000 kakitangan Kementerian Kesihatan dilaporkan memberi perkhidmatan kepada jemaah haji tahun ini, manakala 25 hospital disediakan di Makkah dan Madinah dengan jumlah kapasiti 5,000 katil.

Buat kali pertama tahun ini, kementerian turut menggunakan teknologi robotik untuk khidmat rundingan perubatan termasuk hospital di Mina.

Disiarkan pada: August 24, 2019 @ 12:26pm
d