global

Trump cadang guna bom nuklear musnah hurikan

Oleh AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mencadangkan menggugurkan bom nuklear ke dalam hurikan sebelum bencana itu melanda Amerika Syarikat ketika menghadiri taklimat, baru-baru ini.

Menurut laporan laman berita Axios hari ini, Trump bertanya sekiranya pendekatan itu berpotensi mencegah hurikan yang membentuk di pantai Afrika.

Sumber berkata, hadirin meninggalkan taklimat membincangkan isu berkaitan hurikan itu dalam keadaan bingung selepas mendengar cadangan Trump.

Bagaimanapun, Axios tidak menyatakan tarikh taklimat itu berlangsung.

Ini bukan kali pertama pemimpin itu memberi cadangan sedemikian.

Pada 2017, Trump pernah meminta pendapat pegawai kanannya sekiranya bom boleh digunakan untuk memusnahkan hurikan.

Cadangan itu pada asalnya diutarakan oleh saintis kerajaan sekitar 1950-an di bawah pentadbiran Presiden Dwight Eisenhower.

Disiarkan pada: August 26, 2019 @ 12:27pm
d