global

Australia mahu tapis kandungan ekstrimis

Oleh AFP

SYDNEY: Kerajaan Australia merancang menyekat laman web bagi menghalang kandungan melampau dari tersebar di negara itu apabila kejadian membabitkan krisis berlaku.

Perdana Menteri Scott Morrison ketika berucap di persidangan G7, hari ini berkata langkah itu susulan serangan terhadap dua masjid di New Zealand yang menyebabkan 51 orang maut pada Mac lalu disiarkan secara langsung di media sosial.

“Platform digital dan laman web boleh disalah guna untuk menyiarkan keganasan melampau dan aktiviti pengganas.

“Kandungan seperti itu perlu disekat di Australia dan kerajaan berusaha menghalang pengganas dari mewar-warkan perbuatan jenayah mereka sama ada di dalam dan luar negara,” katanya.

Pesuruhjaya e-Keselamatan Australia akan bekerjasama dengan pelbagai syarikat untuk menyekat akses ke laman web yang mengetengahkan kandungan keganasan.

Pusat Penyelarasan Krisis 24/7 juga akan ditubuhkan untuk memantau serta menapis insiden yang membabitkan pengganas dan keganasan.

Disiarkan pada: August 26, 2019 @ 1:39pm
d