global

Wartawan dibebaskan selepas ditahan enam minggu

Oleh AFP

JUBA: Seorang wartawan terkenal di Sudan Selatan dibebaskan selepas ditahan hampir enam minggu tanpa sebarang pertuduhan.

“Saya ditahan selama 39 hari dan tiada pertuduhan dikenakan ke atas saya, kemudian mereka memutuskan untuk membebaskan saya,” kata Ketua Pengarang akhbar harian Bahasa Arab, Al-Watan, Michael Christopher.

Pada Julai lalu, Christopher dan isterinya dihalang menaiki penerbangan ke Nairobi, ketika dia bercadang mahu menjalani rawatan perubatan.

Dia ditahan tanpa sebarang pertuduhan di ibu pejabat Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan sebelum dibebaskan pada hujung minggu lalu.

Menurut Christopher, dia menerima layanan baik dan soalan yang banyak dikemukakan padanya berkisar komen yang dibuatnya kepada radio Voice of America, mengenai penutupan akhbarnya dan ugutan yang diterima.

Sudan Selatan menduduki senarai 139 daripada 180 negara sebagai Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) indeks kebebasan akhbar global 2019.

Dari 2014 hingga 2017, sekurang-kurangnya 10 wartawan terbunuh di Sudan Selatan.

Disiarkan pada: August 26, 2019 @ 9:05pm
d