global

208 pendatang diselamatkan di Sepanyol

Oleh Reuters

MADRID: Lebih 200 pendatang diselamatkan pengawal pantai Sepanyol semalam ketika mereka cuba menyeberang dari Afrika ke Sepanyol, kata perkhidmatan menyelamat, hari ini.

Kerja-kerja menyelamat dibuat ketika negara itu sedang menunggu ketibaan kapal perang Sepanyol yang dinaiki 15 pendatang dari pelabuhan Itali berikutan tindakan keras yang berlarutan antara pihak berkuasa Itali dan bot penyelamat swasta Sepanyol.

Pengawal pantai berkata beberapa pendatang dari Afrika Sub-Sahara ditemui di dalam tiga rakit di Laut Alboran, antara timur laut Maghribi dan tenggara Sepanyol pada petang Rabu, yang kemudiannya dibawa ke Almeria dan Malaga.

Data Kementerian Dalam Negeri menunjukkan, seramai 18,018 pendatang tiba di Sepanyol setakat ini sejak pertengahan Ogos lalu, sekaligus menurun sebanyak 39 peratus dari tempoh sama tahun lalu.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan kemasukan menerusi laut yang tidak menentu dari Timur Tengah dan Afrika Utara ke Kesatuan Eropah (EU) menurun melebihi 1 juta pada 2015 kepada kira-kira 141,500 tahun lalu manakala hampir 15,000 orang dianggarkan maut atau hilang ketika berlayar.

Disiarkan pada: August 29, 2019 @ 7:51pm
d