global

27 remaja bermasalah di Romania diselamatkan

Oleh AFP

BUCHAREST: Sekurang-kurangnya 27 remaja bermasalah berusia antara 12 hingga 18 tahun berjaya diselamatkan selepas mereka dilayan seperti hamba dengan melakukan kerja-kerja fizikal yang melampau.

Remaja berkenaan dilaporkan antara terpilih menyertai ‘Projek Maramures’, yang dibiayai kerajaan Jerman dan dikendalikan oleh kementerian buruh Romania, menurut polis.

Susulan itu, seorang lelaki Jerman dan empat kakitangan ditahan di Romania kerana didakwa memperlakukan 27 remaja Jerman bermasalah seperti hamba, kata pegawai semalam.

“Lelaki yang mengasaskan program untuk remaja bermasalah itu, dituduh mencipta kumpulan jenayah terancang, pemerdagangan manusia dan pengasingan,” katanya.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman, berkata negaranya tidak mengetahui sebarang masalah dalam tempoh 20 tahun lalu.

Kesemua remaja itu dilayan dengan kejam di sebuah ladang dan di beberapa rumah di Viseu de Sus di utara Maramures.

“Mereka dipukul, dibiarkan kelaparan, tidak boleh belajar, tidak boleh mengambil ubat preskripsi dan tidak dibenarkan mempunyai hubungan dengan dunia luar selain sasaran diajar kaedah kejam yang digelar sebagai pendidikan semula,” katanya.

Disiarkan pada: August 29, 2019 @ 8:10pm
d