global

'Myanmar tak bersungguh'

Oleh AFP

DHAKA: Bangladesh menuduh Myanmar tidak bersungguh dalam penghantaran pulang pelarian Rohingya ketika hubungan negara itu semakin tegang selepas beberapa cubaan sebelum ini gagal.

AFP melaporkan, Menteri Luar Bangladesh, A K Abdul Momen mempersoalkan

sikap kerajaan itu dalam mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.

Menurutnya, Myanmar gagal menutup kem di Rakhine secara berkesan dan menempatkan mereka semula ke kawasan asal.

Cubaan terbaru untuk menghantar pulang pelarian ke Myanmar sekali lagi gagal apabila tidak ada seorang daripada mereka yang muncul, minggu lalu.

Terdahulu, Myanmar menyalahkan Dhaka atas kegagalan itu sambil mendakwa mereka tidak melalui prosedur yang betul ketika mengedarkan ‘borang pengesahan’ kepada pelarian berpotensi untuk pulang.

Kedua-dua negara terbabit menandatangani perjanjian pada November 2017 untuk menghantar semula pelarian itu yang lari ke Bangladesh sejak dua tahun lalu.

Disiarkan pada: August 30, 2019 @ 1:16am
d