global

UAE lancar serangan udara ke Yemen

Oleh AFP

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengesahkan melancarkan serangan udara mensasarkan kumpulan pengganas di Aden, selepas kerajaan Yaman berkata serangan itu terkena tenteranya.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, serangan udara yang tepat melanda kumpulan militan semalam.

UAE bertindak sedemikian untuk mempertahankan diri selepas diserang kumpulan bersenjata yang berkait dengan organisasi pengganas.

“Serangan terhadap Gabungan Arab dilakukan kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas.

“Kumpulan terbabit menyerang Gabungan Arab di Lapangan Terbang Aden dan menyebabkan dua anggota cedera,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Yaman menuduh UAE menyerang Aden sebagai sokongan kepada kumpulan pemisah yang mengatakan mereka mengawal semula bandar itu.

Disiarkan pada: August 30, 2019 @ 3:34pm
d