global

Kanak-kanak maut akibat Ebola

Oleh AFP

KAMPALA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang diuji positif wabak Ebola selepas masuk ke Uganda dari Republik Demokratik Congo (DRC) meninggal dunia, kata seorang pegawai kesihatan Uganda kepada AFP, hari ini.

“Dia meninggal dunia sekitar jam 8 pagi ini (waktu tempatan),” kata pengarah kesihatan di Kasese, Yusuf Baseka.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Congo, didiagnosis di sempadan di daerah Kasese selepas menunjukkan pelbagai simptom.

Gadis itu adalah mangsa keempat yang didiagnosis wabak Ebola di Uganda.

Pada Jun lalu, tiga sekeluarga diuji positif Ebola di Uganda selepas masuk dari DRC. Dua darinya meninggal dunia di Uganda, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat penyakit itu selepas kembali ke DRC.

Pegawai kesihatan di DRC berkata angka kematian akibat wabak itu telah mencecah sehingga 2,000 orang.

Disiarkan pada: August 30, 2019 @ 8:45pm
d