global

Akaun CEO Twitter diceroboh

Oleh AFP

SAN FRANCISCO: Twitter mengesahkan akaun milik Ketua Eksekutif, Jack Dorsey diceroboh apabila mesej pelik dan bersifat menghina dikesan dimuat naik.

AFP melaporkan, mesej berbaur perkauman serta bom dimuat naik dalam hantaran yang dibuat pada jam 8 malam waktu tempatan pada akaun @jack sebelum ia dipadamkan.

Ada di antara beberapa hantaran terbabit mengandungi tanda pagar #ChucklingSquad yang dipercayai identiti kumpulan penggodam terbabit.

Ia turut mengandungi gelaran perkauman termasuk hantaran semula mesej yang menyokong Nazi Jerman.

“Kami sedar akaun @jack diceroboh dan siasatan sedang dilakukan,” kata jurucakap Twitter.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 10:30am
d