global

Jahat sungguh! [VIDEO]

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang lelaki dirakam dengan selamba menendang bayi perempuan berusia setahun di sebuah pusat beli-belah sebelum ia menjadi tular di media sosial dan ditonton hampir 5 juta kali dalam tempoh 24 jam.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku pada Rabu lalu di pusat beli-belah Xingcheng di Shenzen, China ketika kanak-kanak itu berjalan di hadapan neneknya berusia 57 tahun.

Lelaki terbabit yang melalui kawasan itu kemudiannya terus menendang mangsa hingga tersembam di atas lantai.

Neneknya yang terkejut cuba bersemuka dengan lelaki terbabit namun dia diancam sementara cucunya pula mengalami lebam di beberapa bahagian badan tetapi tidak serius.

Sehari selepas kejadian, polis mendedahkan mereka sudah mengenal pasti suspek namun masih belum melakukan penahanan.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 11:28am
d