global

Taufan Dorian paling bahaya

Oleh AFP

MIAMI: Taufan Dorian dijangka membawa ribut besar paling bahaya ketika ia bergerak menuju Bahamas dan bahagian pantai timur Florida, Amerika Syarikat.

AFP melaporkan, Perdana Menteri Bahamas, Hubert Minnis sudah mengarahkan penduduk mencari perlindungan di tempat selamat sebelum kedatangan taufan kuat yang boleh mengancam nyawa itu.

Menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC), taufan itu dijangka tiba di Bahamas esok dan Florida sama ada Isnin atau Selasa dan ia kini semakin kuat apabila mencecah kategori 4.

Katanya, ia turut membawa angin dengan kelajuan 220 kilometer sejam.

Penduduk Florida dilaporkan bersiap sedia menyediakan bekalan makanan, minuman dan kelengkapan lain untuk berpindah biarpun masih belum menerima arahan pihak berkuasa.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 12:08pm
d