global

12 maut kilang kimia letup

Oleh Reuters

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 50 lagi cedera dalam beberapa siri letupan sebuah kilang kimia di Maharashtra, hari ini.

Letupan pertama berlaku sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap polis Sanjay Ahire.

“Tong diisi 200 liter bahan kimia meletup menyebabkan api merebak ke bahagian lain kilang terbabit.

“Ia disusuli dengan beberapa letupan,” katanya.

Video kejadian yang disiarkan di stesen televisyen tempatan memaparkan kepulan asap hitam tebal dari kilang itu.

Pegawai sebuah hospital di Shirpur, Dhule berkata, mangsa maut dalam letupan dan mangsa cedera kini dirawat di hospital.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 6:07pm
d