global

Hasrat ke Britain tidak sampai

Oleh AFP

LILLE, PERANCIS: Seramai 13 pendatang asing lelaki yang menaiki bot dari Perancis menuju ke Britain diselamatkan pengawal pantai di Selat Inggeris, awal pagi ini.

Mereka kemudian dibawa ke pelabuhan Calais, Perancis sebelum diserah kepada polis.

Pendatang asing sanggup bergadai nyawa ke Britain dari Perancis untuk membina kehidupan lebih baik.

Menurut data rasmi Perancis, sejak Januari lalu, sekitar 1,450 pendatang asing diselamatkan oleh pengawal pantai British atau Perancis dan jumlah itu meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Cuaca baik pada musim panas di Perancis antara punca ramai pendatang asing cuba berlayar ke Britain, namun perjalanan itu merbahaya kerana kesibukan trafik perkapalan di Selat Inggeris serta arus kuat dan air sejuk.

Baru-baru ini, mayat seorang lelaki Iraq yang memakai jaket keselamatan diperbuat dari botol plastik ditemui di pantai Belgium dipercayai lemas ketika cuba berenang merentasi selat itu ke Britain.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 8:57pm
d