global

Tembak isteri, anak sebelum bunuh diri [VIDEO]

Oleh Agensi

TEXAS: Seorang lelaki dipercayai menembak mati isteri serta anak perempuan berusia lima tahun sebelum bertindak membunuh diri dalam kejadian di Texas, Amerika Syarikat, kelmarin.

Menurut polis, mayat keluarga itu ditemui di unit pangsapuri mereka di kompleks Kendall Manor, Houston kira-kira jam 1 petang, lapor Daily Mail.

ABC 13 melaporkan, kejadian disedari ahli keluarga mereka datang ke rumah untuk melihat keadaan keluarga itu selepas tidak mendengar khabar berita sejak seminggu lalu.

Polis berkata, mayat terbabit ditemui di bilik tidur manakala sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Penyiasat memberitahu stesen televisyen bahawa lelaki terbabit mungkin membunuh isteri dan anaknya memandangkan senjata itu berada berhampiran mayatnya.

Syerif Daerah Harris, Ed Gonzalez berkata, keluarga itu berketurunan hispanik dan kejadian mungkin mempunyai kaitan dengan kes keganasan rumah tangga.

Disiarkan pada: September 2, 2019 @ 1:13am
d