global

"Kamu tidak akan lapar lagi"

Oleh Agensi

Moscow: Seorang ibu yang tidak mampu membeli makanan untuk bayinya bertindak membunuh anaknya itu kerana tidak sanggup melihatnya terus menangis kelaparan.

Selepas membunuh anak lelakinya itu Yulia Khabitova, 28, membalut mayat mangsa dengan selimut dan menanamnya berhampiran rumahnya di kampung Ismailovo.

Yulia yang ditangkap polis baru-baru ini berkata, peti sejuk di rumahnya kosong tanpa makanan dan anaknya itu sentiasa kelaparan.

Ketika lakonan semula bagaimana Yulia membunuh anaknya itu, wanita itu mengaku dia menjerut leher mangsa dengan tali hingga mati.

Yulia berkata kepada anaknya: “Semuanya akan ok, kamu tidak akan lapar lagi, kamu tidak akan menangis lagi,”.

Kata-kata itu menyebabkan anggota polis yang berada di lokasi berkenaan mengalirkan air mata.

Yulia dilaporkan membesarkan anaknya seorang diri selepas ditinggalkan suaminya.

Disiarkan pada: September 3, 2019 @ 1:48pm
d