global

8 murid mati ditikam

Oleh Agensi

BEIJING: Lapan kanak-kanak maut dan akibat ditikam seorang lelaki yang menyerbu masuk ke sebuah sekolah rendah di tengah China semalam, kata pihak berkuasa.

Dua lagi murid sekolah itu dirawat susulan kejadian di Sekolah Rendah Chaotangpo di bandar Baiyangping, Hubei pada hari pertama tahun kalendar akademik.

Suspek yang juga penduduk tempatan dikenali sebagai Yu berusia 40 tahun ditangkap polis di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa tempatan berkata, pihaknya melakukan segala usaha untuk memulihkan murid di sekolah itu dan membantu keluarga mangsa yang maut serta cedera.

Serangan pisau terhadap pelajar sekolah rendah sering berlaku di China dengan suspek memberitahu mereka melakukan tindakan itu kerana mahu membalas dendam terhadap masyarakat.

Disiarkan pada: September 3, 2019 @ 3:22pm
d