global

Remaja tembak mati 5 ahli keluarga

Oleh CNN

ALABAMA: Seorang remaja berusia 14 tahun mengaku membunuh semua lima ahli keluarganya di rumah mereka dalam kejadian di Alabama, Amerika Syarikat.

Pejabat Syerif daerah Limestone yang memuat naik hantaran di laman Twitter berkata, remaja lelaki itu membantu penyiasat untuk mencari semula pistol 9mm yang digunakan sebelum dibuang berhampiran lokasi kejadian, lapor CNN.

Terdahulu, mereka mengesahkan tiga daripada lima mangsa yang ditembak di Elkmont mati di tempat kejadian manakala dua lagi dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, mereka kemudiannya mengesahkan dua mangsa berkenaan turut meninggal dunia.

Disiarkan pada: September 3, 2019 @ 7:01pm
d