global

6 pelancong maut di New Zealand

Oleh AFP

Wellington: Enam pelancong dilaporkan terbunuh dan enam lagi cedera apabila sebuah bas yang dinaiki mereka terbabas di North Island, New Zealand, kata agensi penyelamat hari ini.

Polis berkata, lebih 20 penumpang berada di dalam bas berkenaan apabila ia terbabas dan terbalik di sebuah lebuh raya kira-kira 20 kilometer dari barat Rotorua, sebuah bandar pelancongan popular.

“Polis memberitahu ada mangsa yang maut dalam kemalangan itu tetapi jumlah mangsa yang terkorban belum dapat disahkan,” kata agensi penyelamat.

Media tempatan melaporkan, antara penumpang bas itu adalah pelancong dari China dan seorang penterjemah dihantar untuk membantu mereka yang selamat.

Akhbar The Rotorua Post melaporkan enam mangsa maut dalam kejadian itu.

Perkhidmatan ambulans St John memberitahu, lima helikopter dan lima ambulans dihantar ke lokasi kemalangan dan mangsa dibawa ke beberapa hospital di wilayah itu.

https://www.tvnz.co.nz/one-news/new-zealand/emergency-services-respondin...

Disiarkan pada: September 4, 2019 @ 1:26pm
d