global

Bayar barang guna teknologi pengenalan wajah

Oleh AFP

BEIJING: Tanpa wang tunai, kad caj, dompet mahupun telefon pintar, semakin ramai pengguna di China membeli barangan menerusi muka mereka selepas negara itu mendahului teknologi pengenalan wajah.

Infrastruktur bayaran mudah alih di China adalah salah satu yang paling maju di dunia, tetapi sistem terbarunya yang hanya memerlukan pengenalan wajah, kini dilancarkan di seluruh negara sekaligus menjadikan kod QR seperti sudah lapuk.

Untuk membuat pembelian, pelanggan hanya perlu berada di hadapan mesin ‘point-of-sale’ (POS) yang dilengkapi kamera selepas proses pengecaman wajah dihubungkan kepada sistem pembayaran digital atau akaun bank.

“Saya tidak perlu membawa telefon bimbit ketika keluar dan berbelanja tanpa membawa apa-apa,” kata Ketua Pegawai Maklumat bakeri Wedome, Bo Hu.

“Ia tidak mustahil, sama seperti bayaran mudah alih semasa di peringkat awal. Selepas wujudnya teknologi pengenalan wajah tiada lagi isu pembayaran yang tidak dapat diselesaikan,” katanya yang menggunakan mesin pembayaran wajah di ratusan kedai.

Perisian ini digunakan secara meluas malah turut memantau orang ramai apabila ia digunakan ke atas ‘jaywalkers’ (pejalan kaki yang melanggar lampu isyarat) dan menangkap penjenayah.

Disiarkan pada: September 4, 2019 @ 6:58pm
d