global

Suspek MH17 bebas dengan jaminan

Oleh Reuters

KIEV: Suspek tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 orang dibebaskan oleh mahkamah dengan jaminan hari ini.

Menurut hakim, Volodymyr Tsemakh yang juga bekas komander kumpulan pemisah disokong Russia akan dibebaskan segera sementara menunggu siasatan lanjut, lapor Reuters.

Pendakwa raya Belanda sebelum ini menggesa pihak berkuasa Ukraine menghalang lelaki terbabit masuk ke Russia kerana dikhuatiri boleh mengganggu proses siasatan kes terbabit.

Minggu ini pula, seramai 40 ahli politik Eropah menghantar surat kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy untuk membuat permohonan sama, kata Ahli Parlimen Eropah, Kati Piri.

Pasukan siasatan yang diketuai Belanda itu sudah mengeluarkan waran tangkapan antarabangsa terhadap tiga warga Russia dan seorang warga Ukraine yang tidak termasuk Tsemakh, selepas disyaki mempunyai kaitan dengan insiden MH17.

Disiarkan pada: September 5, 2019 @ 7:42pm
d