global

4 maut hujan berterusan di Mumbai

Oleh AFP

MUMBAI: Seorang budak lelaki berusia enam tahun antara empat orang yang terbunuh selepas banjir teruk melanda Mumbai, mengakibatkan puluhan penerbangan terpaksa dibatal atau ditangguhkan.

Hujan tanpa henti selama beberapa jam semalam melumpuhkan jaringan trafik, menghentikan perkhidmatan kereta api dan operasi lapangan terbang tertangguh di bahagian barat bandar.

“Kami menemui mayat kanak-kanak itu dari sebuah longkang selepas banjir semalam,” kata pegawai polis Mumbai, Shashikant Awghade kepada AFP.

Menurut Awghade, kanak-kanak itu terjatuh ke dalam longkang semasa banjir semalam. Ibu bapanya mencarinya sepanjang malam, tetapi mayatnya hanya dijumpai oleh polis pada awal pagi tadi.

Jurucakap sel pengurusan bencana, Tanaji Kamble berkata, dua pegawai perbandaran maut selepas terjatuh di dalam hujan dan seorang lelaki lain lemas di sungai semalam.

Disiarkan pada: September 5, 2019 @ 9:52pm
d