global

'Nak tengok sangat kan..'

Oleh Agensi

MEXICO CITY: Meremang bulu roma sekumpulan pelancong apabila mereka yang menyangkakan terjumpa seekor haiwan comel berbulu tebal rupanya-rupanya adalah ratusan labah-labah bergumpal di celah batu di Sonora, Mexico.

Pada mulanya, ia dilihat oleh salah seorang daripada mereka ketika bersama-sama mengembara sebuah gua di kawasan berkenaan lapor News.com.au.

Sambil merakam penemuan itu, dia menggunakan kayu untuk menyentuh haiwan terbabit sebelum ratusan labah-labah keluar dan menyebabkan kumpulan pelancong terbabit bertempiaran lari.

Sebenarnya ia adalah labah-labah yang lebih dikenali sebagai ‘daddy long legs’ dan sering membentuk gumpalan besar yang dilihat seakan bola berbulu.

Kajian terbaru mendapati perubahan iklim menyebabkan ia lebih agresif kerana sukar untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang mencabar.

Disiarkan pada: September 7, 2019 @ 1:11am
d