global

21 rumah terbakar di Australia

Oleh Reuters

MELBOURNE: Sekurang-kurangnya 21 rumah di Queensland dan New South Wales musnah akibat kebakaran belukar.

Sebanyak 65 kebakaran dilaporkan di New South Wales, manakala 51 lagi berlaku di Queensland.

Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) dalam satu kenyataan berkata, lebih 500 anggota bomba berusaha memadamkan api dari merebak ke rumah penduduk.

Cuaca panas, kelembapan rendah, persekitaran kering dan angin kencang menyebabkan api merebak dengan cepat, semalam.

Pesuruhjaya RFS, Shane Fitzsimmons berkata kebakaran semalam adalah paling teruk berlaku.

Disiarkan pada: September 7, 2019 @ 12:21pm
d