global

Korban pertama Faxai

Oleh Reuters

TOKYO: Seorang wanita menjadi mangsa pertama taufan Faxai yang melanda Tokyo hari ini apabila ditiup angin kencang hingga melanggar tembok.

NHK melaporkan, wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu disahkan maut selepas ditemui terbaring di kaki lima sebatang jalan di Tokyo dan dibawa ke hospital.

Rakaman kamera keselamatan berhampiran kawasan kejadian menunjukkan mangsa tercampak ke dinding selepas ditiup angin kencang.

Seorang lagi wanita berusia dalam lingkungan 20-an pula diselamatkan selepas rumahnya di Ichihara timur Tokyo dihempap tiang besi yang tumbang.

Disiarkan pada: September 9, 2019 @ 3:13pm
d