global

Balasan perogol [VIDEO]

Oleh Agensi

MEXICO CITY: Beberapa anggota kumpulan kongsi gelap Mexico dilaporkan menyeksa seorang perogol dengan membogelkan lelaki itu dan membiarkan seekor anjing memakan kemaluannya.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu ditangkap kumpulan berkenaan selepas dipercayai merogol seorang wanita di bandar ini pada bulan lalu.

Dalam rakaman video mengerikan yang disiarkan baru-baru ini, lelaki itu dilihat digari dalam keadaan bogel dan dikelilingi beberapa lagi lelaki.

Seekor anjing jenis pit bull kemudiannya menggigit dan memakan kemaluan lelaki berkenaan.

Lelaki itu menjerit kesakitan sebelum seorang lelaki menutup mulutnya dengan kain.

Mirror Online melaporkan, kumpulan itu menyiarkan video berkenaan sebagai amaran kepada orang lain supaya tidak melakukan tindakan serupa.

Disiarkan pada: September 10, 2019 @ 11:09am
d