global

16 maut dirempuh ketika sambut Asyura

Oleh AFP

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam insiden rempuhan beramai-ramai ketika meraikan hari Asyura di sebuah rumah ibadat di bandar Karbala, hari ini.

Seramai 75 orang cedera di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 100 kilometer dari selatan Baghdad dan jurucakap Kementerian Kesihatan, Saif al-Badr berkata jumlah kematian itu belum rasmi lagi.

Tragedi terbabit insiden rempuhan beramai-ramai paling teruk dalam sejarah terbaru ketika sambutan Asyura.

Ratusan ribu penganut Syiah di seluruh dunia berkunjung ke Karbala setiap tahun untuk memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein.

Perarakan Asyura di bandar itu menyaksikan penganut mengibarkan bendera memaparkan tulisan ‘Hussein’ sambil meraung.

Segelintir penganut menyebat belakang badan dan dada bagi menunjukkan kesedihan mereka, manakala ada remaja lelaki menggelar dahi dengan pisau.

Perarakan sama turut berlangsung di Baghdad serta bandar selatan Najaf dan Basra.

Disiarkan pada: September 10, 2019 @ 9:58pm
d