global

'Selamat tinggal Nora....'

Oleh Agensi

BELFAST: Remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemui mati selepas dilaporkan hilang di Malaysia pada 4 Ogos lalu, selamat disemadikan hari ini di Belfast, Ireland.

Daily Mail melaporkan, mayatnya disemadikan di Gereja St Brigid di tempat asal ibunya dalam upacara pengebumian yang penuh sayu dihadiri oleh rakan serta ahli keluarga lain.

Ibunya, Meabh Quoirin turut membacakan sajak sebagai memperingati pemergian anaknya itu.

Bulan lalu, misteri kehilangan remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui di kawasan lurah 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya di Negeri Sembilan selepas 10 hari hilang.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu meninggal dunia akibat kebocoran usus kerana kebuluran serta mengalami tekanan yang berpanjangan.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 1:28am
d