global

Asalkan bukan durian

Oleh AFP

SHANGHAI: Taman tema Disney di Shanghai melonggarkan larangan ke atas makanan luar namun rumah Mickey Mouse tidak akan bertolak ansur dengan pengunjung yang membawa mi segera atau makanan berbau seperti durian.

Undang-undang Disney dikritik dalam talian kerana melakukan diskriminasi berganda terhadap pelancong Asia sejak taman tema di Eropah dan Amerika Syarikat membenarkan pengunjung membawa makanan luar.

Menurut dasar baru Disney, pengunjung dibenarkan membawa makanan dan minuman luar ke dalam Taman dengan syarat ia tidak perlu dipanaskan atau disimpan di tempat beku dan tidak mempunyai bau busuk seperti buah durian.

Semua jenis tembikai dan tauhu busuk turut dikecualikan, lapor akhbar tempatan People's Daily.

Shanghai Disneyland sebelum ini tidak membenarkan makanan atau minuman beralkohol dibawa masuk ke dalam taman tema kecuali dengan jumlah sedikit yang wajar, makanan ringan atau buah-buahan kering dibenarkan.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 6:54pm
d