global

BJ Habibie meninggal dunia

Oleh Agensi

JAKARTA: Presiden ketiga Indonesia, Bacharuddin Jusuf Habibie meninggal dunia usia pada 83 tahun.

Anaknya, Thareq Habibie memberitahu wartawan, Habibie meninggal dunia jam 6 petang (waktu tempatan), lapor CNN.

Sementara itu, Ketua Pasukan Perubatan Presiden, Profesor Dr Azis Rani dalam kenyataan rasminya berkata, Habibie dimasukkan ke Hospital Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta, sejak 1 September lalu kerana pelbagai masalah kesihatan termasuk jantung dan buah pinggang.

Mantan presiden itu sebelum ini dirawat di Jerman untuk kebocoran injap jantung, lapor Liputan6.

Disiarkan pada: September 11, 2019 @ 7:55pm
d