global

Campak bayi keluar tingkap

Tashkent (Uzbekistan): Kerana tidak dapat menerima hakikat bayi yang baru dilahirkannya cacat seorang wanita bertindak mencampak anaknya itu keluar tingkap di sebuah wad bersalin di Namangan, Uzbekistan.

Mirror Online melaporkan, bagi menutup tindakannya itu, ibu muda berusia 23 tahun berkenaan mencampak seorang lagi bayi keluar tingkap setinggi hampir lima meter.

Polis berkata, kehilangan kedua-dua bayi berkenaan hanya disedari sejam selepas kejadian oleh petugas yang tertidur dan kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Sumber memberitahu, wanita berkenaan pernah melahirkan dua bayi yang cacat sebelum ini dan kedua-dua anaknya itu meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan.

“Pada kelahiran ketiga ini, doktor memberitahu bahawa bayinya itu mungkin cacat.

“Keadaan itu membuatkan dia sangat kecewa hingga sanggup melakukan jenayah ini,” katanya.

Menurut laporan media tempatan bayi berkenaan mengalami kecacatan pada kaki dan ia boleh dirawat.

https://www.mirror.co.uk/news/world-news/mum-throws-baby-another-infant-...

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 12:43pm
d