global

255,000 murid, pelajar terjejas banjir di Sepanyol

Oleh AFP

MADRID: Lebih 255,000 murid dan pelajar sekolah terjejas selepas banyak sekolah terpaksa ditutup akibat banjir buruk yang melanda wilayah Valenceia, Sepanyol.

AFP yang memetik perkhidmatan kecemasan berkata, kejadian turut menyebabkan laluan utama serta pengangkutan awam terpaksa dihentikan selain penduduk dipindahkan ke tempat selamat selepas air sungai Clariano melimpah.

Rakaman yang dikongsi perkhidmatan cuaca AVAMET menunjukkan beberapa kereta dihanyutkan banjir dibawa arus deras di Moixent serta keadaan bandar Ontinyent yang ditenggelami air.

Pihak berkuasa wilayah berkata, mereka sudah mengarahkan penutupan sekolah di 84 perbandaran yang membabitkan lebih 255,000 murid dan pelajar.

Hujan lebat dan angin kuat diramalkan berterusan di selatan Valencia dan utara Alicante sehingga esok, kata jabatan kaji cuaca AEMET.

Disiarkan pada: September 12, 2019 @ 6:12pm
d