global

Tak sedar bot terbakar kerana tidur

LOS ANGELES: Semua kru sebuah bot menyelam didapati tidur ketika kebakaran tercetus, menyebabkan 34 orang maut dalam kejadian di Pulau Santa Cruz, California.

Insiden pada 2 September lalu adalah bencana maritim paling teruk yang berlaku pada sejarah moden California.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dalam laporannya berkata, undang-undang menyatakan seorang kru bot sepanjang 22 meter itu perlu berjaga pada waktu malam.

Siasatan mendapati salah seorang kru sempat membunyikan alam selepas terbangun dari tidur kerana terdengar bunyi pada jam 3.15 pagi.

Lima kru berusaha menyelamatkan 33 penumpang dan seorang lagi kru yang tidur di bahagian dek bawah.

Namun, mereka melompat ke dalam laut selepas gagal membuka tingkap selain dihalang oleh asap tebal.

Bomba dilaporkan berdepan kesukaran naik ke atas bot kerana api terlalu marak. Bot itu tenggelam ketika bomba berusaha memadamkan api.

Bot terbabit membawa penumpang menyelam di sekitar Kepulauan Channel selama tiga hari dan kebakaran tercetus pada hari terakhir perjalanan ketika berlabuh berhampiran Pulau Santa Cruz. - AFP

Disiarkan pada: September 13, 2019 @ 10:37am
d