global

Gelak dapat sakit

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang wanita terpaksa menanggung sakit akibat ketawa terlalu kuat hingga rahangnya terkehel, dalam kejadian di Guangzhou, China.

Menurut Oddity Central, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 1 September lalu ketika dia menaiki kereta api laju yang dalam perjalanan ke stesen Guangzhou Selatan.

Bagaimanapun, dia berjaya diberi bantuan segera oleh seorang doktor yang secara kebetulan menaiki kereta api terbabit.

Menurut Dr Luo Wensheng, wanita terbabit dilihat sukar untuk menutup mulut selain air liurnya meleleh yang menunjukkan petanda diserang angin ahmar namun tekanan darahnya didapati normal.

“Air liurnya meleleh dan saya menyangkakan dia diserang angin ahmar. Namun, selepas mengambil tekanan darah, dia hanya mengalami rahang terkehel,” katanya.

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 1:34am
d