global

Gadis biru mengaku salah

Oleh AFP

TEHERAN: Seorang peminat bola sepak Iran yang membakar dirinya dan meninggal dunia selepas ditangkap kerana cuba memasuki stadium, mengaku kesilapannya itu apabila disoal polis, kata badan kehakiman, hari ini.

Kematian Khodayari mencetuskan kemarahan atas talian malah turut menerima sokongan selebriti dan aktivis menggunakan hashtag #blue_girl bagi menggesa FIFA untuk mengharamkan Iran dari pertandingan bola sepak dan peminat memboikot perlawanan.

Badan kehakiman berkata, seorang wanita muda ditahan ketika cuba memasuki stadium dan berhadapan tuduhan melanggar undang-undang dan menghina pegawai penguatkuasa.

Jurucakap kehakiman, Gholamhossein Esmaili, berkata Khodayari mengaku kesilapannya semasa disoal, menerimanya dan melahirkan kekesalan.

Esmaili yang dipetik laman web badan kehakiman Mizan Online berkata, tiada hukuman dikeluarkan ke atasnya memandangkan tiada perbicaraan.

Jurucakap itu turut menolak laporan bahawa Khodayari diberitahu akan dipenjarakan selama enam bulan sebagai ‘khabar angin palsu dan khabar angin.’

Bulan lalu, Kementerian Sukan membenarkan peminat wanita masuk ke stadium ketika pasukan bola sepak Team Melli yang juga pasukan kebangsaan bermain dalam pusingan kelayakan pada 10 Oktober depan.

Menurut Clerics, Iran melarang kaum wanita menghadiri acara sukan bagi melindungi mereka dari suasana maskulin dan lelaki yang tidak menutup aurat.

Disiarkan pada: September 14, 2019 @ 10:15pm
d