global

Taufan Tropika Humberto banjiri Bahamas

Oleh AFP

MIAMI: Taufan Tropika Humberto yang melanda Bahamas dengan hujan lebat dan ribut hari ini mungkin akan melambatkan usaha bantuan selepas negara itu dilanda Taufan Dorian kurang dua minggu lalu.

Pusat Badai Kebangsaan Amerika Syarikat berkata pusat ribut itu, membawa angin dengan kekuatan maksimum 80 kilometer sejam, melewati kira-kira 48 kilometer ke timur Pulau Abaco Besar, salah satu kawasan paling teruk dilanda Dorian.

Kira-kira lima hingga 10 sentimeter hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan, dengan beberapa kawasan rendah di tenggelami banjir, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Bahamian (NEMA).

“Lonjakan ribut besar dijangka tidak berlaku di barat laut Bahamas,” kata NHC yang berpangkalan di Miami.

Kekuatan Taufan Humberto dijangka meningkat lewat petang esok, kata NHC, tetapi pada masa itu ia sudah meninggalkan Bahamas dan jauh dari pantai Florida malah ia dijangka tidak memberi kesan besar ke atas AS.

Disiarkan pada: September 15, 2019 @ 12:49am
d